"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Assalammualaikum, Kali ni pos agak berlainan sebab saya dan sekeluarga kali ni mengerjakan ibadah Umrah di kota suci Makkah dan Medina. Tak tahu nak cerita apa sebenarnya sebab semua diuruskan oleh pihak Rayhar Travel yang sangat terbaik dan amat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Bagi sesiapa yang nak membuat ibadah umrah boleh menggunakan travel agent ni sebab dia memang lengkap dan servis sangat power ! website: http://www.rayhar.com/ Apa apa korang semua boleh tengok website tu, untuk lebih maklumat terperinci mengenai pakej-pakej yang ditawarkan lah. Semua pakej dia kebanyakannya lengkap dengan pengangkutan, visa, kursus umrah, makanan di Makkah dan Medina serta ziarah luar di kedua-dua kota suci terbabit. So, kali ni korang hadam gambar je lah eh. Nota: Untuk memasuki Raudhah, bagi lelaki tiada masalah kerana ia dibuka selama 24 jam tapi perlu untuk beratur ya. Bagi jemaah wanita dia ada beberapa sesi yang akan dibuka untuk memasuki Raudhah. Saya tak berapa pasti pula waktu sesi tersebut. Nanti korang boleh tanya pihak Rayhar disana kalau korang ambil bersama Rayhar. Mostly pihak Rayhar akan bawa korang ke semua tempat dalam gambar diatas lah. Antaranya:
Nota: Kalau nak masuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat dilarang untuk membawa kamera yang compact/dslr/mirrorless ke apa semua tu. Yang hanya dibenarkan adalah kamera telefon sahaja. Ini disebabkan untuk memelihara kesucian kedua-dua kota yang disayang oleh seluruh umat Islam.
-END-
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|