"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Assalammualaikum semua, kali ni kembali mem-blog sekali lagi. Kita buat jalan dalam Malaysia je eh kali ni. Ok, destinasi kali ni kita menuju ke iPoh and mostly semua tahu yang saya pernah duduk di iPoh selama 3 tahun tapi masa dulu tak pernah pula explore lebih dekat bahagian heritage iPoh ni. Selalunya kitaorg dulu pergi air terjun dan sungai. Ok, nak pamerkan aktiviti kalini more to fotografi dekat iPoh la. Well, semua dah tahu iPoh memang terkenal dengan street art dan nasi ganja, tapi banyak lagi tempat menarik yang korang boleh dapatkan dekat sini. Perjalanan ke iPoh dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam menaiki kereta. Selain itu, terdapat beberapa alternatif lain bagi korang yang nak datang ke sini iaitu ETS, Bas dan juga Flight. Untuk pengetahuan korang, flight dari Kuala Lumpur - iPoh bakal dibuka laluannya oleh AirAsia pada masa yang akan datang. Namun, flight yang operasi buat masa ini hanyalah Firefly yang mana menghubungkan Singapore - iPoh. Tempat menarik di iPoh:
Ni antara tempat menarik, tapi sebenarnya banyak lagi. Post ni hanya fokus kepada dua tempat iaitu Jalan Panglima dengan Time Tunnel. Ok, apa yang korang boleh dapatkan dekat dua tempat ni of course lah fotografi. Jalan Panglima memang terkenal dengan fotografi hipster contohnya di lokasi Plan B. FYI, dekat area Plan B ni pun ada street market kalau datang waktu Ahad pagi. So, tengok lah gambar-gambar kat bawah ya. Bagi sesiapa yang nak melawat masjid negeri di iPoh iaitu Masjid Sultan Idris Shah II, ia hanya terletak 5 minit sahaja berjalan kaki dari kawasan Plan B tadi. Next stop, lokasi kita ialah Time Tunnel. Time Tunnel ni macam galeri dulu-dulu la. Diorang kumpul semua barang=barang antik jadinya pengunjung boleh datang dan ambil gambar. Terletak di Jalan Panglima dan hanya 5 minit juga berjalan kaki dari kawasan Plan B. Tiket masuk hanya RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Jadi, jamu gambar je lah weh. -END-
0 Comments
|
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|