"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Rasa lama dah tak tulis dekat Weebly ni. Ok post kali ni pasal Singapore lah. Memandangkan dah banyak kali pergi Singapore, dah malas lah nak buat pembentangan bajet untuk kali ni. Kalau korang nak tengok bajet ke Singapore, boleh tengok post sebelum ni eh. Okay, kali ni pergi bawa rakan sebab kali pertama diaorang nak ke Singapore. Sebelum tu, meh belanja sikit gambar tempat pertama kiteorang terjah dulu iaitu BUGIS ! Untuk pengetahuan korang, dekat Bugis ni lah terletaknya tempat tempat menarik seperti:
Untuk sampai kesini, korang boleh naik MRT dan turun ke stesen Bugis. Kemudahan pengangkutan awam di Singapore sangat efisien ya. Turun je dari stesen Bugis, nak sampai ke tempat-tempat diatas hanya perlu jalan kaki 5-10 minit sahaja ya. Bugis Street Market merupakan antara tempat beli barang paling murah di Singapore. Contohnya korang nak dapatkan baju murah2 semua dekat sini. Masjid Sultan pula merupakan masjid pertama di Singapore yang masih kekal sehingga kini. Haji Lane dan Kampung Glam merupakan sebuah tempat urban kalau korang nak lepak2 chill dan tangkap gambar hipster. Petang tu nanti much pun, lepastu kitaorang jalan around Sentosa Island. Tak masuk pun Universal Studio sebab plan asal memang jalan cuci mata sahaja. Nak pergi ke Sentosa Island, korang boleh naik train MRT ke stesen Harbourfront. Lepas je turun kat stesen Harbourfront, korang boleh naik ke tingkat paling atas skali dalam mall tu untuk naik monorail ke Sentosa Island. Untuk pengetahun korang, kalau taknak naik monorail korang ada alternatif untuk berjalan kaki ke Sentosa Island. Lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari stesen Harbourfront. Malam pun nothing much sebab ye lah percutian yang agak singkat dan chill sahaja. So, kiteorang pergi jalan-jalan around area Marina Bay. Dekat Marina Bay ni lah terletak Marina Bay Sands, Merlion, Gardens by the Bay, Helix Bridge, Art Science Museum, Singapore Flyer dan Esplanade Bridge. Nak pergi ke Marina Bay, make sure naik Mrt dan turun di stesen Bayfront bukannya di stesen Marina Bay kerana Bayfront lebih dekat berbanding stesen lagi satu. -END-
1 Comment
|
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|