"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Bajet Flight to Johor Bharu: RM69.00 Bas Johor Bharu Airport to JB Sentral: RM8.00 Shuttle Train JB Sentral - Woodlands: RM5.00 Bas Singapore to TBS: RM62++ EZ Link MRT: 12SGD // RM37.29 Top Up Ez Link: 10SGD // RM31.07 Okay untuk trip kali ni memang aku tak tido dekat Singapore. So, kali ni plan nak pergi pagi and balik belah malam and tido dalam bas sahaja. Untuk pengetahuan korang, kali ni aku saja nak fly ke JB and naik train to Singapore. Lepastu malam masa nak balik ke KL naik bas dari Singapore. Kebanyakannya bas dari Singapore akan naik dari Golden Miles Complex. Senang je nak cari terminal bas ni, korang naik je MRT sampai ke Nicoll Highway. Haa dekat situ la terletak Golden Miles Complex ni. Flight KL - JB tak lama pun kira kira dalam 40 minit je. Lepas turun je, korang boleh cari shuttle bas ke JB Setral dengan harga RM8 sahaja. Masa dekat JB Sentral tu korang ada banyak pilihan nak ke Singapore naik bas/train/teksi. Kalau naik train yang bestnya dia cut masa korang masa beratur untuk cop passport tu. So masa aku pergi tu tak sampai 10 minit je urusan nak masuk ke Singapore. Kalau naik kereta/bas dengan traffic nak masuk memang lama lah ceritanya. So better naik train. Train ni boleh booking online dkt website: www.easybook.com (bas Singapore - KL pun boleh beli dekat website ni) Masa sampai Singapore ni, transport paling senang nak guna is MRT. Korang boleh beli banyak kad yang boleh dibeli mcm pakej One Day Pass, Two Day Pass dan lain lain. Macam aku, aku ambek EZ Link kad je sebab senang nak guna kalau nak datang lagi next time. Dia mcm touch n go kita la senang je nak masuk train pakai kad tu, cuma perlu top up lah. First sampai Singapore, tempat pertama aku pergi is Orchard Road sebab masa jalan kat sini dulu tak habis banyak masa kat sini. Orchard Road ni kira macam Bukit Bintang kita lah, semua segala jenis jenama boleh dapat kat sini. Ada yang murah and ada yang brand mahal. Kalau korang nak barang lagi murah mcm street punya fashion gitu, korang boleh pergi ke Arab Street. Aku dulu pernah pergi Arab Street ni, memang macam macam barang dijual and murah-murah berbanding dengan barang kat Orchard Road. |
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|