"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Bajet Flight KLIA2 - Hong Kong: RM159.00(seorang)(satu hala) Flight Macau - KLIA2: RM215(seorang)(satu hala) Wifi 4G Sim Card: RM28.00 [Beli dekat Klook.com] OCTOPUS: RM76.27 / 150HKD [Beli dekat Airport Service Counter] Bas Airport[A21] - Tsim Sha Tsui: RM16.78 / 33HKD {tambah nilai Octopus} MTR Tsim Sha Tsui - Yau Tong: RM4.13 / 8.30HKD {tambah nilai Octopus} Star Ferry - Central: RM1.37 / 2.30HKD {tambah nilai Octopus} Hong Kong Premium Guest House: RM267.28 [seorang][4 hari 3 malam] Ferry Hong Kong - Macau: RM86(seorang)(satu hala) [Beli dekat Klook.com] Travel Insurans AXA: RM26.25 [4 hari][optional] Day 1 - Hong Kong Sebut je Hong Kong, siapa sahaja akan tahu akan kewujudan bandar metropolitan ni kan. Dengan bangunan pencakar langit yang diantaranya terbanyak di dunia. Hong Kong juga terkenal dengan pelabuhan nya yang agak sesak dan bandar yang agak mahal untuk didiami. Hong Kong merupakan sebuah negara asalnya, namun telah diberikan semula kepada pihak China selepas pajak perjanjian tamat dalam masa 20 tahun akan datang. Buat masa ini, Hong Kong diberikan masa untuk menyesuaikan diri sebelum menjadi hak milik sepenuhnya oleh China. Hong Kong serta Macau telah diberikan SAR mahupun Special Administrative Region oleh pihak China, dimana ia merupakan satu negara dua buah sistem. Hong Kong serta Macau mempunyai kerajaan mereka tersendiri, dimana kita tidak memerlukan Visa untuk memasuki kedua buah negara tersebut. Berlainan dengan China, dimana rakyat Malaysia memerlukan visa untuk memasuki negara tersebut. Complicated bukan? Hahaha. Ok lah cukup pasal sejarah tadi, perjalanan dari KLIA ke Hong Kong mengambil masa 4 jam dengan menaiki AirAsia. Of course akan rasa lama sebab tak ada entertainment kat dalam tu. Namun, jangan risau sebab AirAsia sekarang dah ada wifi RIKKO, dimana bila korang guna wifi ni, boleh tengok video - video yang ada dalam RIKKO.COM. Masa book flight ni, memang dah pesan awal-awal dah siap makanan sebab memang dah siap fizikal dan mental bahawa makanan kat Hong Kong mahal mencekik darah. Satu pinggan nasi dengan lauk daging seciput boleh mencecah serendah RM30 ! WOW ! Bertolak dari KLIA2 dalam pukul 1:05 dan sampai sana lebih kurang 5 petang macam tu lah. Dekat Hong Kong pukul 6 dah macam Maghrib and waktu solat pun berlainan, tapi jangan risau sebab time zone di Malaysia dan Hong Kong tetap sama ya. So, tak perlu tukar-tukar. Wifi 4G Sim Card tu dah beli dekat website Klook. Masa korang beli kat website Klook, dia akan bagi arahan dekat mana korang perlu redeem voucher tu. Macam sim card ni, perlu redeem dekat kaunter A13, Terminal 1 Departure Hall, Hong Kong. So, korang cari lah kaunter tu and bawa je voucher tu untuk redeem and dia sendiri akan pasangkan untuk korang. Lagi satu, korang WAJIB beli Octopus Card dekat kaunter Airport MTR. Kenapa perlunya Octopus, sebab kalau korang naik MTR, Bas, Feri di dalam Hong Kong semua akan menggunakan Octopus. Harga adalah 150HKD(100HKD tambah nilai, 50 deposit), TAPI kad ni boleh refund balik dekat mana - mana cawangan MTR sekali dengan baki berlebihan serta bayaran deposit. Keluar je dari Airport Hong Kong tu, kalau korang nak naik bas ke hotel korang menginap, banyak je bas dan ikutlah route mana yang korang perlu pergi. Macam saya tidur di hotel dalam Mirador Mansion. Jadi, perlu ambil bas A21 ke Tsim Sha Tsui. Perjalanan mengambil sejam dari Airport ke Tsim Sha Tsui. Lupa nak cakap, kali ni trip pergi seramai dua orang dan kawan saya tu tiba-tiba nak ikut last minute. Jadi flight pergi kitaorang berlainan, cuma flight balik je sama. Rasanya dah 5 negara kot, kitaorang travel sekali. Banyak lagi negara kita kena explore ni. Hari pertama sampai je Hong Kong terus pergi ke Temple Street Market. Kalau korang nak tahu, Hong Kong sangat terkenal dengan shopping. Memang betul weh, sebab kedai dia non-stop shopping shopping shopping. Kiri kanan semua shopping. Sampai kau rambang mata. Nak pergi ke Temple Street Market ni senang je, jalan kaki dari Tsim Sha Tsui mengambil masa 20 minit ataupun korang boleh naik MTR dan turun di Yau Ma Tei dan ambil Exit A. Temple Street Market ada jual pelbagai jenis barang weh. Sebut je baju, barang elektronik, bag ke semua ada. Paling penting, Temple Street Market ni harga dia murah sikit berbanding kalau korang pergi ke Ladies Market. Opening hours dia tak berapa sure, tapi haritu kiteorg pergi lewat dalam 11 pun ada yang buka lagi. Kalau korang jenis yang suka tangkap gambar, dekat Temple Street Market ni, ada satu photo spot dari parking lot. Memang cantik kalau dari atas parking lot. Korang jalan sikit je dari market ni akan nampak bangunan parking lot. Naik je ke tingkat 4 bangunan tu and dapatlah tangkap gambar satu Temple Street Market ni. Day 2 - Hong Kong Hari kedua di Hong Kong, kitaorang dah start bangun pagi dan siap siap untuk ke Central. Oh lupa nak bagitahu, waktu korang ke sini baik check weather forecast. Sebabnya masa kitaorang pergi ni musim winter, and agak sejuk sebab Hong Kong berangin. Suhu mencecah 17 celsius, tapi masa kiteorg pergi ni macam dah nak peralihan musim. Jadi, tak adalah sejuk sgt compare dgn awal Januari haritu sampai suhu mencecah 7 celsius. Kalau korang nak ke Central, korang ada pelbagai pilihan pengangkutan awam, contohnya Feri, MTR, Bas dan Teksi. Semua ni perlu dibayar menggunakan tambah nilai Octopus. Itulah pentingnya kad Octopus ya. Masa kitaorang haritu, kitaorang pilih feri sebab jauh lebih murah berbanding pengangkutan yang lain. Feri dia sangat efisien dan cepat tau. Feri ni boleh naik dari Star Ferry's Harbour Tour. Dekat Central ni pelbagai tarikan ya macam Mid-Level Escalator, Sky Terrace 428, Peak Tram, Causeway Bay, Hollywood Road, Lan Kwai Fong, Golden Bauhinia Square dan banyak lagi lah ! Kiteorang tak sempat nak pergi semua pun sebab kesuntukan masa. Sebelum tu, meh belanja gambar sikit masa dekat Kowloon before bertolak ke Central. Perjalanan feri dari Kowloon ke Central hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Sambil tu boleh la korang menikmati laluan pelabuhan tersibuk di dunia berlatarbelakangkan bandaraya Hong Kong. Masa korang sampai ke Central, terus je jalan ke Footbridge ni. Dia mencantumkan bangunan - bangunan dekat Hong Kong ni mcm IFC Mall dan pejabat - pejabat yang lain. Sambil korang berjalan ni, korang akan nampak pelbagai bangunan yang menarik di sepanjang Hong Kong ni macam bangunan Apple ni. Kalau korang nak melintas jalan kat sini, korang kena ikut Zebra Crossing. Kalau tak, mahulah tahan telinga dengar kereta hon korang. Haha. Ding ding ni pun korang boleh naik. Cumanya dia hanya ada sebahagian tempat je dekat Central. Dia tak cover semua area. Ok lah kalau sekadar nak merasa Ding Ding di Hong Kong ni. Antara benda menarik dekat Central ni, Mid-Level Escalator. Haa korang mesti pelik kan, kenapa escalator pun boleh jadi tarikan. Kalau yang belum tahu, Hong Kong mengandungi 3 pulau, dan pulau - pulau ni semua dikeremuni oleh bukit. Jadi, diaorang dah tak ada tanah. Maka, diaorang terpaksa membina rumah di lereng - lereng bukit sehingga rumah apartment boleh mencecah 60 tingkat. Jadi, escalator lah yang menghubungkan dari kak bukit sehingga ke puncak. Kalau nak menapak, memang tinggi betul lah. Mengah orang Hong Kong kan? Haha. Tak kesemua orang Hong Kong mempunyai kenderaan, jadi mereka perlu banyak berjalan kaki untuk kesana dan kesini. Bayangkan lah rumah pun boleh mencecah ke 18 juta Hong Kong Dollar, kalau nak beli kereta pun boleh mencecah beratus ribu lah kot. Lepas je naik Mid-Level Escalator sampai puncak, kitaorang pun turun ke bawah. Memang tinggi betul bukit dia. Sambil turun ke bawah tu, macam - macam tempat persinggahan macam Hong Kong Zoological and Botanical Garden dan Hollywood Road. Hong Kong Zoological and Botanical Garden ni, masuk free je. So, korang boleh tengok pelbagai binatang macam monyet dan bangau merah. Lepas je ke Hong Kong Zoological and Botanical Garden, kitaorang pergi ke Hollywood Road. Di sinilah tempat terletaknya street art serta Lan Kwai Fong, dimana street ini terkenal dengan entertainment seperti kelab malam. Dekat Hollywood Road ni pelbagai street art yang boleh korang tangkap gambar sebab sangat unik. Lepas je jalan - jalan kat Hollywood Road, kitaorang pun siap sedia nak pergi ke The Peak. Nak ke The Peak ni ada dua cara. Satu naik Peak Tram dan lagi satu naik bas bernombor 15 ke The Peak. Peak Tram antara cara paling famous la kalau nak naik ke The Peak and akan ramai gila orang beratur. Selalunya lebih kurang sejam juga lah korang nak tunggu turn korang naik kalau naik through Peak Tram. Kitaorang haritu naik Bas nombor 15 untuk ke The Peak. Murah je harganya berbanding naik Peak Tram. Lebih kurang 9.80HKD, dan sudah tentulah bayar menggunakan kad Octopus. Kalau korang naik bas ke The Peak, akan melalui jalan bukit yang curam gila and permandangan bandar Hong Kong yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit. Untuk naik bas 15 ni, korang boleh ambil dari bus stop berhadapan Central Ferry Pier No. 5. Ni lah dia rupa bangunan The Peak Tower / Sky Terrace 428. Kalau korang nak naik atas tu, korang kena bayar tiket dia. Harga tak berapa sure, tapi boleh beli dekat website Klook je, harga lebih murah berbanding beli dekat kaunter. Kitaorang hanya pergi yang free view je dkt Lugard Road. Korang perlu jalan sikit dari The Peak tu. View dia memang superb babe. Rasanya lebih berbaloi dari korang pergi kat The Peak tu. Lugard Road tu tak jauh pun dari The Peak, around 10 minutes mcm tu je. Sayangnya, masa kitaorang pergi The Peak tu, cuaca agak tidak begitu baik. Kebetulan masa tu, Hong Kong dilanda jerebu paling teruk dalam sejarah. Kitaorang ingat first2 kabus je sebab sejuk gila atas tu. rupanya kawan kitaorang bagitahu Hong Kong dilanda jerebu. Haha. Kalau korang nak pergi atas ni, baik korang pergi waktu petang ke malam sebab korang boleh tengok pemandangan waktu siang sampai malam. Bagi saya, pemandangan waktu malam kelihatan lebih menarik dengan diterangi oleh cahaya lampu bandaraya Hong Kong. Kalau korang nak turun ke bawah balik ke Central, korang boleh ambil nombor bas 15 juga untuk turun semula ke Central. Harganya tetap sama iaitu 9.80HKD. Malam lepas balik The Peak tu, kitaorang pergi ke Ladies Market untuk tengok barang-barang menarik. Nama je Ladies Market, tapi bukan barang perempuan je k. Jangan buat andaian dari dengar nama je k. Haha. Untuk ke Ladies Market pun ada banyak cara seperti MTR, Bas, Teksi mahupun jalan kaki. Kalau naik MTR, boleh turun di station Mangkok dan keluar di EXIT B2/B3. Kalau nak jalan kaki, dari Tsim Sha Tsui mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Jangan risau untuk berjalan kaki, sebabnya orang sini memang ramai berjalan kaki. Selalunya 12 tengah malam pun ada lagi berjalan kaki kesana kesini untuk shopping dan sebagainya. Kitaorang pun tak tahu opening hours dia sebenarnya pukul berapa sebab macam shopping je non stop. Day 3 - Hong Kong Hari ketiga, plan asal sebenarnya nak pergi ke Stanley Market. Stanley Market ni macam market tepi laut and ada pantai boleh lepak2. Nak pergi Stanley mengambil masa sejam juga dari Tsim Sha Tsui. Plan ditukar untuk pergi memanjat bukit di Devils's Peak di Yau Tong. Untuk ke Devil's Peak, korang boleh naik MTR Tsim Sha Tsui dan turun di Yau Tong dan ambil Exit A1. Jalan nak ke Devil's Peak ni agak pening sikit sebabnya berbelit - belit. Kitaorang tersesat jugak lah sekali, sampai jauh gila tersasar dari Devil's Peak. Nak senang korang guna je Google Map dan cari Devil's Peak Gough Battery. Kenapa nama dia Devil's Peak sebabnya dia terletak sebelah kubur. Hahahaha. Nak panjat bukit ni tak lama pun, ada lah dalam 20 minit macam tu je. Lepas je panjat bukit, kitaorang balik semula ke hotel. Rehat sekejap and masa untuk shopping barang. Sebabnya esok dah pergi ke Macau pula. Untuk shopping ada beberapa tempat yang menarik. Tempat Shopping:
Untuk sesiapa nak cari barang branded mcm Gucci ke apa, boleh pergi ke Causeway Bay dan 1881 Heritage. Situ memang jual semua barang branded. Sempat pergi 1881 Heritage je haritu, tapi tak adalah tengok harga sebab malu nak masuk setiap kedai. Untuk sesiapa peminat Zara, diharapkan korang bawa bertenang sebab nya baju kat Zara SANGAT SANGAT MURAH dekat sana. Zara ni terletak dekat Central dan berhadapat dengan Topman. Topman agak mahal dekat sana dan H&M harga biasa je. Dekat MongKok yang memang terkenal dengan Ladies Market. Namun, bukan je Ladies Market je tau ada dekat situ. Yang lain antaranya H&M dan Forever 21. Forever 21 dia 3 tingkat dan ada barang dan baju lelaki sekali jual. Kawan aku cakap dekat Malaysia Forever 21 tak ada barang lelaki. Hahaha tak tahu pula aku. Untuk sesiapa nak cari barang - barang suka sebagainya boleh cari di Sneakers Street. Berlambak dekat sini, dan murah - murah juga lah weh. Topi Nike Jordan baru RM120, kalau tengok dekat Malaysia basic topi Nike Jordan pun RM250++. Kitaorang habiskan masa lebib kurang 7 jam untuk shopping je dekat MongKok. Kalau ikutkan macam semua nak beli, sebab sangat murah. Oh ya lupa nak bagitahu, siapa nak cari iPhone kat sini memang jauh beza murah dari beli dekat Malaysia. Dalam RM600++ juga lah beza harga dia. Day 4 - Hong Kong Hari keempat di Hong Kong, kitaorang dah siap2 untuk ke Macau. Tiket feri dah beli di website Klook dan perlu di redeem dekat Shun Tak Centre. Korang kena cari kaunter Beng Seng Travel di tingkat 3 untuk redeem tiket feri TurboJet. Untuk ke Shun Tak Centre, korang boleh naik Star Ferry ke Central dan terus ke kanan sehingga ke International Pier untuk ke Macau. Di International Pier ni, ada banya feri untuk ke Macau dan Shenzhen. Sebelum tu, kitaorang sempat Garden Of Stars di Kowloon. Disinilah tempat terletaknya Bruce Lee Statue, Jacky Cheung punya tapak tangan dan statue yang lain. Nak kesini, jalan kaki je dekat dalam 20 minit dari Tsim Sha Tsui. Seterusnya, lepastu kitaorang pun mula bertolak untuk ke Internation Pier di Shun Tak Centre. Dinasihatkan korang datang awal untuk naik feri ke Macau. Sebabnya tiket selalu habis cepat, lagi - lagi kalau pergi masa weekends. Feri ke Macau ada dua syarikat yang tawarkan. Iaitu, TurboJet dan CotaiJet. Haritu, kitaorang naik TurboJet sebabnya nak turun dia Outer Harbour Terminal di Macau. Kalau korang nak turun di Taipa Terminal, korang boleh naik CotaiJet. Harga kedua - dua feri ni lebih kurang sama je. Entri seterusnya kita akan bersambung di Macau pula ya. Tempat Menarik di Hong Kong selain dari kitaorang pergi:
NOTE: Sebelum korang keluar dari Hong Kong, make sure jangan lupa untuk refund balik kad Octopus korang tu untuk dapatkan balik duit deposit dan baki yang ada dalam kad tersebut.
0 Comments
|
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|