"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Bajet Flight KLIA2 - Nha Trang: RM215.90(seorang)(return) Hotel Ha Nhung: RM114(2 malam) --> seorang bayar (RM28.50)(2 malam) Shuttle Bas - Cam Ranh Airport - City Center: 50000VND/RM9.32(sehala) Skylight 360 Skydeck: 50000VND/RM9.32 Po Nagar Cham Tower: 22000VND/RM4.10 Tourist Internet Simcard: 200000VND/RM37.28(10GB) Lain-lain: Bajet Persendirian Day 1 - Nha Trang Nha Trang merupakan salah satu bandar pelancongan yang terdapat dekat Vietnam ni. AirAsia merupakan satu airlines yang menawarkan direct flight ke Nha Trang dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak tempat menarik kalau korang semua nak explore Nha Trang ni. Tak hairan lah kalau orang Vietnam panggil Nha Trang ni Hawaii of Vietnam dan menjadi salah satu playground untuk Russian. Trip kali ini seramai 4 orang ke Vietnam. Bila korang book flight tiket ke Nha Trang ni, korang akan turun dekat Cam Ranh Airport. 30 minit dari pusat bandar Nha Trang. Untuk sampai ke bandar Nha Trang ni, korang ada beberapa pilihan iaitu naik bas/teksi. Kalau ambil bas murah dan jimat banyak dan bas airport akan turun kan korang dekat hotel mana korang duduk. Bagus kan? Nak dapatkan tiket bas ni senang je, keluar pintu airport korang akan nampak signboard bus ticket ke Nha Trang. Haa cakap je nak berapa tiket terus bayar dan ready untuk ke Nha Trang. Ok nak cakap sikit, sepanjang perjalanan dari airport ke bandar, sangat sangat lawa ok ! Korang melalui coast road dan melalui cliff tepi tepi laut tu. Get ready camera untuk snap gambar k ! Perjalanan mengambil masa setengah jam bergantung pada traffic. Masa kitaorang haritu, agak smooth je traffic cuma bila sampai bandar, traffic agak heavy sebab orang sini lebih suka menggunakan motor dari kereta. Oh, sebelum terlupa korang boleh dapatkan tourist sim dengan 10GB data plan untuk seminggu. Lepas imigrisien airport nanti memang akan ada kiosk-kiosk yang jual sim card ni. Senang je tak perlu risau k. Orang dekat sini memang friendly. Walaupun kebanyakan diaorang tak reti untuk berbahasa inggeris, tapi diaorang tetap berusaha untuk menolong dan berbual dengan korang kalau korang perlukan bantuan. Memang sangat friendly ok. Hari pertama yang kitaorang buat, sampai-sampai je terus check-in hotel. Hotel yang kitaorang duduk ni macam middle-range punya harga lah dekat sana. Korang boleh lagi kalau nak cut budget untuk penginapan. Banyak lagi hotel lagi murah dari hotel kitaorang duduk ni. Lepas check-in terus ke Po Nagar Cham Tower. Ni memang tourist spot lah. Orang kata tak sah kalau datang ke Nha Trang tak pergi ke sini. View dia memang cantik dari atas korang boleh nampak bandar Nha Trang. Dia mcm kuil di atas bukit. Nak masuk sini perlu bayar tiket di kaunter ya. Po Nagar Cham Tower ni korang boleh duduk selama mana korang nak, tapi dekat sini memang pack dengan tourist lagi-lagi dari Russia dan China. Nak masuk ke dalam kuil ni, korang kena berpakaian sopan la dan agak tertutup. Dekat tepi kuil tu akan ada mcm baju tertutup untuk sesiapa nak masuk ke dalam. Termasuk dalam harga tiket ya bagi sesiapa yang nak meminjam baju tu.
Selepas ke Po Nagar Cham Tower, kami telah ke Dam Market. Dam Market memang terkenal disini dimana pengunjung boleh membeli-belah kain/barang basah/cenderahati/baju/seluar/kasut dan sebagainya. Harga yang sangat berpatutan dan banyak pilihan. Sini merupakan salah satu tempat membeli-belah selain dari Nha Trang Center Shopping Mall dan Pyramid Shopping Mall. Kalau dekat sini, pukul 5 petang dah nak gelap macam Maghrib dan waktu solat sangat awal dekat sini. Pukul 4++ pagi dah subuh ya. Lupa nak cakap, dekat Nha Trang sangat sangat sangat susah nak cari muslim food ya. Hanya ada 3 restoran je yang ada halal food. Iaitu Omar Indian Restaurant, Ganesh Indian Restaurant dan A&M Fast Food. Harganya agak mahal untuk makanan muslim disini. Jadi, kami memang dah bersiap lebih awal bawa segala jenis makanan macam maggie dan sebagainya. Masjid juga tidak ada disini. Senang cerita memang kurang lah komuniti islam di Nha Trang ni. Lepas je ke Dam Market, kitaorang balik hotel untuk siap-siap sebab hari dah gelap. Malam siap siap nak ke Night Market dan City Hall. Dari hotel kitaorang nak ke Pasar Malam dan City Hall ni ambil masa 15 minit je berjalan kaki. Sangat dekat. Kat sini korang boleh dapatkan banyak barang murah-murah mcm baju/bag dan tengok suasana bandar diaorang waktu malam. Memang happening ! Banyak bar dan kelab tepi jalan dan laut ni ya. Bagi yang nak santai santai tepi laut pun boleh. Suasana dia sangat best ! Day 2 - Nha Trang Hari kedua ni kitaorang dah bangun agak awal dan siap siap untuk ke Nha Trang Beach dan Skylight. Skylight 360 Skydeck ni hanya dibuka pada jam 9 pagi sehingga 2 petang ya. Selepas dari waktu tu, Skylight akan bertukar menjadi kelab dan bar sehingga tengah malam. So, bagi sesiapa nak dapatkan view dari atas untuk tengok satu bandar Nha Trang dinasihatkan untuk sampai pagi di Skylight. Selain dari tu, kalau korang nak shopping boleh ke Pyramid Shopping Mall. Kat sini boleh dapatkan cenderamata lagi murah berbanding pasar malam. Macam fridge magnet/keychain/bag dan lain-lain. Nak ke sini kitaorang jalan kaki dari hotel dalam 2KM juga. Lepas dah puas shopping dan menjamu mata di Skylight. Kitaorang pun makan tengah hari di Ganesh Indian Restaurant. Ni salah satu restoran halal di Vietnam ya. Harga makanan sini agak mahal. Sesudah makan. Kitaorang balik ke hotel untuk rehat sekejap. Dalam petang tu, kitaorang berjalan kaki menuju ke Long Son Pagoda. Ini juga merupakan kuil yang menjadi tourist spot di Nha Trang. Nak masuk ke Long Son Pagoda ni tidak memerlukan bayaran ya. Untuk pengetahuan semua traffic di Nha Trang sangat sibuk. Jadi ada cara untuk anda melintas jalan. Kalau korang takut sudahnya tak dapat lah melintas jalan. Diaorang takkan berhenti untuk korang melintas. Haha Day 3 - Nha Trang Hari ketiga kitaorang dah siap-siap untuk balik ke Malaysia. Bangun awal pagi untuk breakfast dan menuju ke station bas. Untuk ke airport dari Nha Trang, korang kena naik bas dari Yersin Street untuk perjalanan ke Cam Ranh Airport. Harga tetap sama ya. Di airport Vietnam, korang tetap kena check-in di kaunter airport walaupun korang dah check-in di website AirAsia. So, gerak lah awal pagi ya gais untuk elakkan dari tertinggal flight sebab agak ramai pelancong disini. Tambahan
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik nak dikunjungi dekat Nha Trang ni. Cuma kitaorang kesuntukan masa nak melawat semua. Antara tempat yang korang boleh kunjungi selain dari tempat yang kitaorang pergi ni:
-END-
0 Comments
|
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|