"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Pernah tak korang semua rasa jantung berdegup kencang sebab sesuatu perkara buruk terjadi? Jeng jeng jeng. Itulah apa aku rasa bila passport hilang dekat Jakarta ! Rasa masa tu terbalik dunia fikir hmm mungkin jadi warganegara Indonesia lah lepas ni. Hahaha. Ada juga terfikir masa hilang tu, nak berenang and masuk secara haram ke Malaysia. Hahaha sengal betul. Ok sini aku nak cerita sikit macam mana aku boleh hilang passport dekat sana. Kebetulan masa tu aku bawa pouch bag. Korang tahu kan pouch bag tu rupa macam mana. So, masa ni berlaku first day sampai Jakarta ok. Kitaorang pergi melawat Masjid Istiqlal masa tu. Masjid yang pernah dicatat sebagai masjid paling terbesar di Asia Tenggara. Lepastu, aku pergi lah tandas semua then pouch bag tu aku letak dekat pintu tandas yang ada penyangkut tu. Lepas dh lepaskan hajat semua, aku boleh pula tertinggal pouch bag tu dan berlalu pergi dengan selamber je. Siap selfie depan tandas lagi. Haha. Ok sambung balik, then aku pun pergi la solat macam biasa. Dalam sujud rakaat terakhir tiba tiba aku perasan dan dalam hati berkata "MANA POUCH BAG AKU LETAK?". Hahaha. Nampak sangat tak khusyuk solat. Aku pun tak ingat aku habiskan ke tak solat rakaat terakhir tu. Haha. Yang aku ingat aku lari pergi tandas balik nak tengok ada lagi ke tak. Bila pergi balik tandas, Jeng jeng jeng tak ada. NOO !!! Masa ni mahu pitam weh serius tak tipu. Hahaha gelabah je lebih kan. LOL. So, aku dengan kawan, kakak aku serta orang yang ada kat masjid tu berhempas pulas lah mencari satu kawasan tapi tak jumpa. Dan paling menyakitkan hati aku masa tu, bukan passport je ada dalam bag tu tapi sekali dengan duit 1 Juta Rupiah dan aku tak ingat masa tu rate dia berapa sebab tahun 2014 kan. 3 tahun sudah berlalu. Aku pergi trip ni masa Tahun Baru Cina. Itu antara perkara malang sebab mostly pejabat bercuti untuk beberapa hari. So, nak tak nak aku terpaksa burn tiket asal dan book tiket baru sebab pejabat masa tu tutup untuk uruskan Ok, so ni guide untuk korang apa perlu buat sekiranya berlaku perkara macam ni. Guide 1. REPORT POLIS DI BALAI BERDEKATAN Perkara pertama yang korang perlu buat bila passport hilang adalah report polis terlebih dahulu. Itu perkara wajib sebelum korang pergi ke Kedutaan Malaysia. Kalau korang pergi Kedutaan dulu pun diaorang akan nasihatkan korang untuk report polis dulu. So, ini memang benda wajib ok. 2. PERGI KE KEDUTAAN MALAYSIA BERDEKATAN Lepas korang dah report polis, pergi la ke Kedutaan Malaysia di Jakarta. Untung aku sebab aku hilang passport di Jakarta sebab tak semua tempat di negara tersebut ada kedutaan di bandar-bandar kecil. Kedutaan Malaysia selalunya ada dekat capital city negara tersebut or bandar-bandar utama lain. Macam di Indonesia, Kedutaan Malaysia ada dekat Medan/Pekanbaru dan Jakarta. Cuba kalau aku hilang dekat belah Flores sana, jenuh nak beli tiket kapal terbang untuk fly balik ke Jakarta buat urusan passport. Lepas tu, kedutaan akan uruskan perakuan cemas korang macam gambar paling atas tadi. Korang perlu tunggu je tak payah buat apa apa ok. Rilek je. 3. URUSKAN UNTUK DAFTAR KELUAR DI IMIGRISIEN UTAMA Perkara terakhir korang perlu buat adalah pergi ke Imigrisien besar di negara tersebut. Bukan di imigrisien airport ya. Jangan silap pula. Korang kena uruskan daftar keluar korang di Pejabat Imigrisien Utama di negara tersebut. Diaorang akan cop dan sebagainya sebagai perakuan cemas yang korang akan keluar dari negara terbabit. 4. BALIK KE MALAYSIA Suka diingatkan bahawa perakuan cemas ni boleh digunakan sekali sahaja. Hanya untuk korang balik ke Malaysia dan uruskan passport hilang di Malaysia pula. Lepas dah siap semua perkara 1, 2 dan 3, korang boleh dah pergi airport dan balik ke Malaysia ! 5. URUSAN PASSPORT DI IMIGRISIEN MALAYSIA Lepas je korang balik Malaysia, korang perlu buat passport baru atas sebab kehilangan passport tu di mana-mana cawangan Imigrisien Malaysia. Korang akan dikenakan denda lah of course. Cuma dulu rate denda dia lain dan berbeza dah dengan sekarang. Korang boleh tengok dekat Imigrisien berapa denda tersebut. TIPS: 1. Pastikan korang tangkap gambar passport/tiket kapal terbang dan IC korang untuk tujuan memudahkan urusan passport hilang. 2. Jangan cemas bila hilang passport nanti boleh membawa pergaduhan dengan rakan trip korang.
-END-
0 Comments
|
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|