"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Trip kali ni kiteorg pergi dengan geng-geng UKM. So, memang ramai lah kira mcm rombongan Cik Kiah. Overall trip ni antara trip yang memorable lah sebab ramai macam macam kejadian yang gila-gila lah yang terjadi kan. Jap before cerita lebih lanjut, nak cerita pasal bajet dulu. Bajet Tiket Flight: RM98.00(Pergi balik) Rumah: RM100(4 hari 3 malam) --> ni homestay pakcik kawan kiteorang sebab tu murah Kereta sewa: RM80(Perodua Alza Auto) & RM60(Proton Saga Auto) --> ni harga untuk sehari. Siapa yang nak no. kereta sewa boleh PM eh. Mangrove Tour: RM200(dapat murah sebab kawan kiteorg kenal owner tu) Cable Car + 3D Museum + Skydome: RM40 Minyak: tak berapa nak ingat isi berapa 4 hari sebab bahagi duit seramai 11 orang. Persendirian: Bajet bajet lain semua atas diri sendiri lah makan ke apa ke dan shopping. Day 1 Kiteorang ambil flight malam sebab siang tu kiteorang semua ada presentation untuk final year project. Haha sempat lagi kan nak berjimba-jimba So, yang jadi mangsa untuk hari kiteorang ke KLIA2 of course lah kawan kiteorang. Haha. Flight kiteorang ambil AirAsia dan belah malam. So, lepas present tu terus berlepas dari UKM ke KLIA2. Dari UKM kiteorang bertolak seramai 8 orang tong tong dua kereta kawan yang hantarkan. Lagi tiga orang Hazaratul dengan Faz datang sendiri dan sorang lagi duduk dekat je dengan Langkawi and bertolak dari Kuala Kedah dengan feri. Kiteorang lambat masuk departure semua sebab Faz sebab dia lambat. Sampai airport je habis kena bahan dengan semua. Haha ingat balik memang kelakar. Flight ke Langkawi lebih kurang 50 minit je dari KLIA2. Sampai je kat Langkawi pun dh lewat malam. So, yang jemput kiteorang malam tu ada orang Langkawi ni memang baik sangat nak tolong hantarkan kat homestay kiteorang. Haha kira 10 orang lah duduk berhimpit dengan beg bagai kat dalam Toyota Innova. Kiteorang bagi lah upah sikit untuk abang yang baik hantarkan dekat kiteorang. Day 2 Hari kedua pagi-pagi dah bangun nak ambil Shuk dekat jeti dekat Kuah tu. Homestay kiteorang duduk tu dalam 20 minit dari Kuah. So, memang keluar pagi sebab awal-awal lagi kawan kiteorang dah whatsapp dia dah bertolak. Hari kedua ni, kiteorang habiskan dengan aktiviti kering-kering. Dah ambil kawan kiteorang tu then breakfast dekat dengan jeti tu jugak, kiteorang tangkap lah gambar dekat Helang Square tu. Memang cantik air laut kat Langkawi ni. Dia bukan lah crystal clear tapi air dia kehijau-hijauan. Lepas je tu kiteorang pergi lah Cable Car dekat hujung Langkawi. Jauh tak adalah jauh sangat sebab Langkawi ni kecil je. Kalau taknak naik kereta sewa/motor sewa, ambil taksi pun ada tapi mahal sikit lah. Sekarang ni dah ada Uber dah dekat sana lagi lah senang kan. Cable Car ni memang gayat weh serius talk. Ok nak cerita sikit, masa kiteorang sampai ni harga tiket baru naik dalam sehari dua, so memang tak bernasib baik sebab harga naik tapi dia tambah dengan pakej Skydome. Kebetulan kawan kepada geng kiteorang ni buat Intern dekat situ. So, dia lah tangkapkan gambar kiteorang dekat sana. Haha. Siapa yang ade lemah jantung ke apa get ready la dengan kegayatan cable car ni. First 10 minutes tu macam ok lagi, lepas je dah tinggi sikit dengan angin dia kuat gile bergoyang cable car tu bhai. Mahu tak terdiam aku duduk dalam tu. Hahaha budak-budak ni siap rekod video lagi masa turun nak balik tu. Sampai atas tu, view dia Masha Allah memang cantik teramat. Kalau korang nak ke Skybridge korang kena jalan turun anak tangga tah berapa step tak ingat tapi memang penat lah. Kalau mcm golongan dan berumur dan tak larat, elok lah naik Skyglide dalam RM15 macam tu untuk ke Skybridge tu. Kiteorang ambil yang free je, so jalan lah sampai ke Skybridge. Penat tapi memang berbaloi dengan perangai gila masing-masing. Haha. Ok nak belanja view kat atas sana. Very the nice kan view dia. Ni lah view dari Skybridge. Dari atas boleh nampak Ko Tarutao, Thailand dengan air kehijauan tu. So, masa nak balik naik cable car tu adalah cabaran utama sebabnya masa kiteorang nak ke Skybridge tangga dia menurun, tapi bila naik naik of course lah menaik. Boleh bayang tak dia punya lelah kepenatan semua hahaha. Tapi gambar still kelihatan gorgeous hahaha. So, lepas turun tu jangan balik lagi sebab still ade pakej Skydome dengan 3D Art Museum. Skydome ni tak ada pulak gambar tapi overall experience not bad lah. Skydome ni macam 6D naik macam train sambil tengok screen 3D tu pastu train bergoyang-goyang. Lepas habis Skydome tu kiteorang beralih ke 3D Art Museum. Museum ini memang highlight lah siapa yang datang kat sini. Macam-macam lukisan berseni lah. Memang kreatif lah siapa yang buat. Jap nak belanja gambar. Day 3 Hari ketiga ni kitaorang habiskan masa dengan aktiviti basah-basahan. Pertama sekali kitaorang buat Mangrove Tour. Kitaorang ambek pakej ni dekat jeti Tanjung Rhu. So, kitaorang drive dari homestay kitaorang ke Tanjung Rhu. Harga speedboat utk Mangrove Tour tu dalam RM200++ lah lepastu bahagi la kitaorang 11 orang. Mangrove Tour ni membawa korang ke Bat Cave, Fish Farm, Feed Eagle and Crocodile Cave. Overall not bad lah mcm mcm korang boleh tengok dalam masa 4 jam. Paling best korang boleh tengok burung Helang yang sememangnya burung iconic yang menjadi simbol kepada Langkawi. Fish Farm pun not bad, korang boleh bagi makan ikan dan banyak juga spesies yang agak rare korang boleh pegang and manja manja. Tak kurangnya kalau korang kaya boleh try makan kat Fish Farm ni. Haritu kami tak try pun sebab takut harga mahal. Haha.. Lepas je habis Mangrove Tour tu, kitaorang pun chill and mandi dkt Tanjung Rhu. Bagi saya, Tanjung Rhu ni pantai dia lagi lawa dan bersih dari Pantai Cenang. Tapi, kalau korang ada masa nak pergi pantai lagi cantik, try pergi Pantai Pasir Tengkorak. Pantai ni tak kurangnya cantik jugak and air dia crystal clear. Ptg tu kitaorang habiskan masa beli coklat dan minyak gamat and so on. So banyak tempat kalau korang nak beli coklat ni mcm HIG, Cenang Mall dan banyak tempat lg. Pandai-pandai lah korang tengok harga dia. Range harga lebih kurang je semuanya. Malam tu memandangkan malam last, kitaorang habiskan masa je lepak kat Datarang Lang. Malam sini ramai jugak orang lepak-lepak mungkin kebanyakannya pelancong. Day 4 Merupakan hari terakhir kitaorang. Memandangkan semua aktiviti kitaorang dah buat. So kitaorang just sambung balik shopping top up mana yang tak cukup semalam and chill dekat Pantai Pasir Hitam. Nothing much pun hari keempat ni sebab dlm ptg tu kitaorang hantar kawan kitaorang yang nak balik ke Kedah melalui jeti. Kitaorang ambek flight malam so ada masa lah lepak-lepak sikit. -END-
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|