"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Bajet Flight KLIA - Kota Kinabalu: RM220 (seorang)(return) Hotel: RM160 (2 malam)(RM80 seorang) Shuttle Bas KKIA-City Centre: RM5 Island Hopping - Pulau Sapi: RM33++ Apa benda yang kita boleh buat di Kota Kinabalu?
Kalau nak island hopping ada few jetty yang offer, tapi yang paling famous sekali dengan harga yang berpatutan, korang boleh pergi ke Jesselton Point Ferry Terminal. Dekat sini korang boleh pergi ke pulau-pulau yang ditawarkan seperti Pulau Sapi. Selain tu, ada jugak destinasi antarabangsa dan tempatan yang ada ditawarkan macam Bandar Seri Begawan-Muara, Brunei dan Labuan. Selain tu, kalau korang nak shopping macam mutiara ke souvenir dan baju boleh dapatkan dekat Pasar Filipina. Harga ok lah tapi kena pandai tawar-menawar. Selain tu, kalau nak makan seafood pun berlambak dekat area sini. Dekat sini juga, ada orang sanggup datang and beli macam barang-barang basah untuk bawa balik ke Semenanjung. Ada few lagi shopping mall korang boleh pergi macam Imago dan Suria Sabah. Nak dapatkan view menarik bandar Kota Kinabalu, korang boleh pergi Signal Hill Observatory Tower. Dekat sini lah korang nak dapat spot yang cantik untuk tangkap gambar. Selalunya orang datang waktu sunset. sebab memang lawa. KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT PULAU SAPI
-END-
0 Comments
Bajet Hotel: RM60 (seorang)(2 malam) Minyak Kereta: RM124 (SHAH ALAM-KRABI-SONGKHLA-HATYAI-KL)(seorang) Tol: RM31.05 (seorang) Phi Phi Tour Island Hopping: RM139.21 // 1100 Thai Bath (seorang) Emerald Pool: RM25.31 // 200 Thai Bath Tourist Internet Simcard: http://www.ais.co.th/travellersim/ Insurans Kereta: RM17.00 (satu kenderaan)(boleh beli di imigrisien Thailand) Makan minum: Bajet persendirian Persiapan Kenderaan ke Thailand Geran asal/salinan kenderaan Lesen memandu (tak perlu lesen antarabangsa) Surat kebenaran membawa kenderaan (kalau owner kereta orang lain) Trip kali ni macam orang putih cakap... "why not?". Erti kata lain, why not kita buat benda lain daripada lain sikit. So, kiteorang drive from Shah Alam - Thailand for freakin 11 jam and 1 jam++ dekat imigrisien untuk urusan passport. Trip kali ni telah dibahagikan bajet hotel and minyak kereta serta tol seramai 4 orang. (boleh refer bajet diatas) Untuk urusan imigrisien diminta untuk datang lebih awal sebab memang ramai lagi-lagi kalau cuti umum/sekolah dan weekends sebab ramai orang Malaysia suka keluar masuk untuk ke Hat Yai lepak-lepak dan makan. DInasihatkan kalau minyak tu supaya isi penuh dekat Malaysia sebab minyak dekat Thailand mahal yang amat. Sebelum imigrisien tu, ada few petrol station yang korang boleh isi before masuk ke Thailand. Minyak dekat Thailand ni setiap station lain-lain harganya macam dekat Australia lah caranya. Day 1 - Krabi First stop, terus ke daerah Krabi yang memang cukup terkenal dekat kalangan ramai pelancong-pelancong di serata dunia. Benda pertama yang korang semua kena pergi, of course Emerald Pool. Bukan je cantik tapi cukup nyaman kalau nak relaks dan santai. Masa kami pergi, Emerald Pool je yang bukak and lagi satu pool which is Blue Pool tutup masa tu. Emerald Pool agak jauh terletak dalam 59 minit dari Ao Nang punya area. Oh, lupa nak cakap lagi satu jalan kat Thailand ni tak ada langsung tol. Jalan dia semua free of charge ya tapi satu je lah minyak mahal... haha. Hotel yang kitaorang duduk ok lah not bad. Muslim hotel nama dia Ascot Hotel. Korang boleh book through Agoda or Booking.com. Hotel ni tak ada breakfast and terletak dekat Ao Nang punya area. Bab makanan halal dekat Krabi memang senang nak cari tapi mahal sikit lah sebab area tourist kan. Sorry sebab lupa nak tangkap gambar hotel. Gambar kat atas ni lah rupa kable elektrik dekat Thailand... haha tak tahu la macam mana kalau nak buat maintenance kalau rupanya macam ni. Btw, hotel Ascot ni ada sediakan kemudahan wifi, so senang lah korang nak lepak-lepak update sosial media korang tu. Day 2 - Krabi Hari kedua ni, kitaorang dah ambil pakej island hopping ke Phi Phi Island. Benda wajib lah korang kena pergi kalau ke Krabi. Bak kata orang situ, tak ke Krabi lah kalau tak pergi Phi Phi Island ni... haha. Pakej ni kitaorang dapat kat hotel, so korang ambil je pakej yang hotel ada sediakan dari ambil pakej dekat tepi-tepi jalan ni. Kadang-kadang dyorang naikkan harga. Pakej ni termasuk lunch + 6 pulau. Dia akan ambil korang betul-betul depan hotel, so tak perlu risau bab transport ke jeti. Island Hopping start dari pukul 9.00am sampai 4.00pm. Memang seharian lah korang dekat sana. Malam tu, kitaorang lepak kat Ao Nang punya area je. Dekat area sini banyak jual baju-baju, souvenir, makanan, seluar and senang cerita banyaklah. Korang nak massage happy ending pun ada k... haha. Day 3 - Songkhla - Hat Yai Kitaorang bertolak ke Hat Yai dan Songkhla awal pagi sebab hantar kawan kitaorang nak balik awal ke Krabi International Airport. Dari Ao Nang nak ke airport dalam setengah jam je kalau traffic okay. Ramai pelancong taktahu mengenai Songkhla ni. Bandar ni bandar heritage. Almost nak dapat title heritage site tu tak lama lagi. Dia mcm Penang lah kira-kira nya. Kat sini Instagram-able lah. Lawa-lawa bangunan heritage kat sini. Perjalanan dari Krabi - Songkhla - Hat Yai mengambil masa dalam 3 1/2 jam sahaja. Tak jauh sangat pun. Bergantung pada trafik. Next stop kitaorang bandar Hat Yai, tapi kitaorang sembahyang dekat Masjid Songkhla. Memang cantik, ala ala Taj Mahal sikit. Bandar Hat Yai memang famous dikalangan pelancong lagi-lagi orang Malaysia. Bukan sahaja syurga makanan malah syurga untuk membeli-belah sebab murah sangat. Selain tu, ada jugak temple yang korang boleh lawat dan semuanya adalah free ya, tak ada tiket yang perlu dibayar nak masuk. Gambar kiri/atas: Korang boleh search je Hat Yai Cable Car, haa sampai lah korang kat sini. Gambar kanan/bawah: Korang boleh search je Phra Maha Chedi Tripod Trimongkol. Lepas tu, next stop kitaorang lepak Klong Hae Floating Market. Haa kat sini siapa iman tak kuat jangan pergi sini, Banyak gilaaa makanan yang sedap sedap dan nampak fresh serta lain dari yang lain ! Memang best. Kalau kat sini, bukan je makanan ada je jual baju dan seluar yang harga agak ok lah. Next stop, lepak Lee Garden Plaza punya area. Haa dekat sini, berlambak baju, seluar ke apa korang nak cari semua ada kat sini. Cakap je nak apa, semua jual kat sini and murah pun ok lah not bad. Bandar dia malam memang hidup dengan lighting yang mewarnai kegelapan malam. Jangan lupa korang kena try jugak pergi Asean Market sebab situ kira macam Uptown lah.
Tips: Harga makanan kat sini memang agak mahal. Kalau beli satu tak terasa, tapi kalau dah banyak kali beli memang terasa. Sebabnya, duit dyorang semua genap, tak macam kita ada sen. Dyorang kalau 40 bath haaa 40 bath la jawapannya tak ada sen sen, tapi bila convert, Nauzubillah. -END- |
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|