"The world is a book, and those who do not travel read only a page."
Bajet Flight Macau - KLIA2: RM215(seorang)(satu hala) Ferry Hong Kong - Macau: RM86(seorang)(satu hala) [Beli dekat Klook.com] Day 4 - Macau Mengambil masa perjalanan lebih kurang 1 jam lebih perjalanan feri dari Hong Kong, Macau merupakan salah satu destinasi wajib jika orang datang ke Hong Kong. Bukan sahaja mudah untuk mendapatkan feri ke sini, tetapi Macau juga dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik. Macau merupakan bandar kasino yang terbesar di Asia. Oleh itu, tidak hairanlah ia digelar Las Vegas of Asia. Untuk datang ke sini, terdapat dua syarikat feri yang menawarkan perjalanan kesini iaitu CotaiJet dan TurboJet. Perbezaan dari dua syarikat ini bukan sahaja dari segi harga, malah terminal perhentian di Macau juga berbeza. Oleh itu, perlu memilih perhentian mana yang kita mahukan sebelum memilih syarikat feri yang betul. Kami mengambil feri TurboJet dari Hong Kong dan akan turun di Outer Harbour Terminal. Manakala kalau korang ambil CotaiJet pula, feri akan turun di Taipa Terminal berdekatan dengan Aeroporto Internacional De Macau. Untuk pengetahuan korang, di Macau ni banyak kemudahan pengangkutan awam yang percuma yang disediakan oleh pihak Hotel kasino disana tapi agak memeningkan kepala lah sebab susah nak paham. Ada juga bas yang berbayar di setiap perhentian, tetapi kalau korang tak ada duit kecil, dia tak bagi balik lah baki setiap kali korang naik bas. Jadi, sediakan lah duit kecil ya. Tempat pertama yang kami jejak adalah Macau Fisherman's Wharf. Terletak tidak jauh dari Outer Harbour Ferry Terminal, perjalanan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Grand Lipa Hotel. Macau Fisherman's Wharf memang spot terbaik lah kalau korang suka post gambar dekat Instagram. Ala ala macam dekat Europe gitu. Selepas habis kami tawaf satu Macau Fisherman's Wharf tu, destinasi seterusnya adalah untuk ke Senado Square dan Ruins of St. Paul yang mengambil masa selama 10 minit menaiki bas ke dua tempat tersebut. Untuk pengetahuan korang, kedua-dua destinasi ini hanya terletak bersebelahan sahaja. Jadi, bila sampai je dekat Senado Square ni, korang boleh berjalan sahaja ke Ruins of St. Paul. Nombor bas tak ingat pula nombor berapa, tapi bas berbayar lah ke sini. Leceh juga pengangkutan awam kat sini sebab dia ada banyak step. Sampai dekat Senado Square ni, jangan lupa try Egg Tart dia. Memang terbaik weh tapi kena pandai cari yang halal lah. Untuk ke Monte Fort ni, dia adalah macam bukit dari Ruins of St Paul. Nak sampai kesini, korang kena naik tangga atau escalator yang disediakan. Dekat puncak atas ni, korang boleh melawat Museu De Macau dengan boleh tengok sempadan antara China dan Macau. Disebabkan kami sampai lambat ke Macau, jadi kami sempat melawat 3 tempat ni je lah. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat Macau ni. Bertolak dari Senado Square ni pun kena transit bas sekali. Pening sikit lah sistem bas diaorang. Tempat Menarik di Macau selain dari kami pergi:
-END-
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorName: Rifaei Kamil Archives
July 2018
|